Friday, January 6, 2012

peristiwa malam itu



menurut berita dalam video tadi aku adalah salah seorang mangsa.
aku redha.takdir.ujian.dugaan. tapi aku tetap bersyukur pada-NYA sebab masih berpeluang untuk teruskan hidup di planet bumi ini lagi. terima kasih Allah sebab masih sayangkan hamba-MU ini.

malam itu dalam perjalanan nak balik desasiswa cahaya gemilang merangkap hostel aku.
masa itu baru lepas makan dalam pukul 9.45 pm.keadaan lokasi di tempat kejadian pada masa tu sangatlah tidak sibuk.
cume tayar skuter aku je yang bergerak di lorong perumahan minden pada masa itu. di lorong itu ade sebuah kereta tengah parking di tepi jalan. masalah rabun dan silau mata menyebabkan kereta itu kelihatan jauh pada pandangan mata aku.
tapi hakikatnye kereta itu rupe2nya tak jauh pun. nasib baik kawan aku ateh ni tetibe pulak otak die berfungsi di saat kritikal macam ni. die menggunakan kelebihannya dengan menendang kereta guna kakinya yang panjang. jadi aku la mangsa yang terpilih untuk terbang dari skuter tu dan main goleng-goleng atas jalan malam itu. jadi sudah sememangnya aku juga la insan yang paling bertuah untuk terima dugaan ni. sememangnya juga sudah tersurat dalam kamus takdir hidup aku.tak ape.aku redha. mungkin ade hikmah di sebaliknya. hadiah yang aku dapat daripada kejadian itu ialah kaki kiri aku terseliuh dan cedera ringan di bahagian tangan.nasib baik tak patah or retak.bengkaknya mak ai! perggghhh..da macam kaki anak gajah.cara aku jalan pun da macam anak ketam. tapi tak ape.keredhaan amat penting di situ.sekali lagi Allah menguji tahap kesabaran aku disitu. tambah-tambah lagi...minggu exam ni. memang engkau kena kental la kan ema! 

untunglaa masih mampu berjalan even lambat macam ketam.tapi tak ape.daripada tak boleh jalan kan.nak sembuh mungkin ambil mase gak la dalam 1 minggu lebih menurut doktor. itu pun bergantung pada ketahanan mental dan fizikal aku.ape2 pun aku harap sangat sangat cepat sembuh.

terima kasih pada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam menjaga aku waktu ini.jasa kalian akan daku ingati sampai kapan pun.cewaaaaahhhh.sumpah jasa anda sangat dihargai.insyaAllah..pasni aku akan belanja anda semua.terima kasih juga pada rakan-rakan coursemate yang sudi datang melawat walaupun desasiswa kalian jauh di bumi RST.terima kasih banyak.sedih plus terharu tau. sebab sudi luangkan sedikit masa even kalian semua teramatlah busy lebih2 lagi dalam platform exam ini.nasib baik la sinetron ini tak ade tulisan airmata.waktu kita tengah sakit ni la kita dapat bezakan yang mana kawan dan yang mana sahabat.kawan mungkin ramai.tapi waktu kita tengah senang je.sahabat pula ade bersama waktu susah dan senang.yang pastinya nisbah sahabat memang lebih sedikit la berbanding dengan kawan.kadang-kadang kawan yang selalu di samping kita pun belum tentu ade waktu kita tengah sakit..so baik check cepat2.mungkin die ade niat lain..itu biasa. itu hukum karma hidup dalam berkawan.semua tu kita boleh nampak dengan mata kepala kite sendiri ye..jadi bersabar la wahai hati..ape2 aku sangat bertuah kerana dikurniakan orang sekeliling yang masih lagi kenal erti sahabat.sekali lagi terima kasih kalian semua. :)

kepada rakan kongsi..ateh..
aku minta maaf sangat. sangat-sangat. aku gagal. pertama kalinya aku gagal. pertama kalinya aku gagal membawa pulang pemboncengku dengan selamat. aku gagal membawa pulang seorang girlfriend dan bakal isteri kepada seorang encik lelaki dengan selamat. aku minta maaf juga atas kecederaan kaki engkau.disebabkan ekzos skuter aku kaki engkau tercedera.sampai tercabut epidermis kulit ko kan. mesti engkau akan ingat aku sampai mati kan..mungkin ditakdirkan aku la insan yang akan melukis parut ekzos kat kaki ko. ampun ya ibuq!! ampun..ampun...apa2 pn aku tetap bersyukur dan berterima kasih pada ko ateh sebab kita masih boleh berkongsi sakit..haha..lagi satu terima kasih jugak sebab ko sempat keluarkan idea bernas tendang kereta tu.kalau tak lagi parah la kite. silap2 memang jadi penghuni hospital la.
semoga kita cepat sembuh.

sekian.

sembuhlah wahai kaki.

noted : maaf atas kualiti video yang sangatla tak bagus.video ni mungkin tak boleh view guna USM SECURE.tak tahu kenapa.nak tahu kene tanya pihak usm sendiri.tapi kalau view guna selain daripada USM SECURE confirm boleh.aku upload ni pun guna ihsan daripada broaband roomate.




 

1 comment: