Friday, August 10, 2012

Senyum itu Indah




Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Harini aku masih mampu tersenyum. Semoga setiap hari kita di beri kesempatan untuk senyum..haa! intro pun da sembang pasal senyumm..cewaaah! :)
Ada beberapa manusia kat bumi ni pernah tanya kenapa aku suka senyum??
jawapan aku senang je. SENYUM ITU INDAH!!! bukannye kena bayar tol pun nak senyum.. 
- aku jawab dalam hati je pun. -

OK. Meh sini aku nak habaq beberapa kebaikan senyum ni. Maksud aku KEBAIKAN SENYUM YANG IKHLAS YER. BUKAN BUAT2 SENYUM !


1. Senyum itu Sedekah.
Senyum pun boleh buat pahalaaaaaaaa. take note oke. Bukan susah pun nak bersedekah kan..

2. Senyum itu satu senaman 
 Kenapa??
Senyuman pun senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem   pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 

3. Senyum boleh menurunkan tekanan darah.
Ini fakta ok! Tak percaya? Cube korang catat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah mase korang tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah. Ini bukan aku cakap! Mr. google yang cakap..

4. Senyum membuatkan kita awek muda
HAA!!! yang ni memang aku suke! sebenarnya ni la sebab utama aku SUKE SENYUM!.Senyuman ni gerakkan banyak otot korang. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga korang tidak perlu makan banyak chew gum.So dengan banyak tersenyum korang akan nampak awek muka. Itu kalau yang gurlgurl la..kalau boyboy nampak pakwe muda la kot..suke tak nampak mudaaa???? Aku sukaaaaa!

5. Senyum boleh buat anda lebih menarik
Haa!! Sebab yang ni pun aku sukaaa! Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa..sejuk je hati tengok kan..kalau korang bagi muka ketat kat aku memang stress la kan..silap2 memang minx penampaq free je kan..

6. Senyum bole tukar perasaan
Kalau korang tengah sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah. Tak percaya cuba la dulu. Tapi macam aku kalau tengah sedih, mmg tak sempat la nak senyum sbb dah banjir dulu.. tapi pastu aku mesti senyum sendiri sbb nak cari mood balik. pastu chill je la kan..Tapiiiiiii kalau kematian ke jangan pulak korang senyum memanjang plak..itu namenye kurang ajaq!!!!! tengok tempat la.

7. Senyum Meningkatkan Imunitasi
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum. Ini bukan aku cakap! Ni aku baca kat website mana ntah tak ingat. Yang ni aku tak cuba lagi la..tapi akan dicube gak nanti.


Sebenarnya banyak lagi kebaikan senyum yang aku bace. Tapi malas la senaraikan semuaa..So aku galakkan korang senyum la selalu yer..Tak susah pun. Setahu aku semua orang senyum mesti nampak cantik!!! belum penah lagi aku tengok manusia senyum nampak hodoh!! monyet senyum pun nampak comellllll OK! 

Senyum dan korang akan rase bahagiaaaaa sangat. percayaa laaaa ! ok..selamat berbuka semua. Seribu senyuman untuk korang dari sayaaaaaaa..:)

comel kan mereka!

ngeee

naniii aku rindu ang!!

mereka pun







Friday, July 20, 2012

It's coming again




Assalamualaikum w.b.t

Acaner harinie? Sihat? aku? Alhamdulilah. Masih mampu bernafas di bumi penang nie. Hopefully uolls pun baik baik je semuanya. Hari nie aku rase sesangattttttt la goodgood nak update sinetron. kenape yer???? may be sebab macam excited nak sambut puasa habaqqqqqqq hang! 
  
Ok. Ramadan kali nie ade sikit berbeda dari yang sebelumnya. Satunya, kali nie first time aku berpuasa sambil bekerja. Actually bukan lah kerja, praktikal je pun. Over lah you! tapiiiii sebab yang satu ni juga lah, aku bakal berbuka tanpa kengkawan sebelah kanan dan kiri. Sadis kan? So, khas untuk sebab yang satu nie jugak lah, kenapa wujudnya aku yang masih gegeh menapak kat Penang ni lagi sampai la aku letak jawatan as intern student at AMD until this August. Al-maklum la, mereka dah habis final exam, jadi haruslah lepak kat umah kan.  Bayangkan lah, kat hostel aku tuh boleh kira bape kerat manusia je yang tinggal termasuk aku. Aci tak macam nie?? So far, since mereka pulang , dah 2 kali aku tukar bilik sebab manusia kat hostel dah semakin berkurang. Tak ke seram tuh! Even luaran nampak aku macam kental tapi mak cakap dari dalam perut lagi sampai lah dah kuar perut aku kuat nangis! Memang pun! korang memang tak nampak la kan. Hanya orang bertuah je pernah nampak. Aku nie kalau tengok hindustan pun Penang boleh banjir. Tapiiiiiiiiiii, biar kuat nangis jangan kuat merengek (rase nak bagi makan kasut je kalau kuat merengek). Bukan aku, bukan aku, bukan aku OK. Aku bukan jenis spesies merengek rengek ni. Uolls tau tak ape tuh kuat merengek??? Kalau #Taktau balik umah tanya mak. So, dengan izin-NYA , aku masih lagi mampu bertahan. Everything is still under control. Alhamdulillah. OK. untuk Ramadan kali nie, actually, aku ade 1 goal. untuk Ramadan kali aku nak TOP UP pahala bebanyak yang mungkin. Jom uolls kita sesama buat pahala sebanyak mungkin. Yela kan. Setahun sekali. Allah gives a big chance to us. Ramadan adalah bulan untuk umat-KU. So, Selamat berpuasa semua. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Oklah. Itu je aku nak habaq untuk episod sinetron kali ni. babai. Nak sambung buat final report LI.

*Actually dah prepare video ucapan salam Ramadan untuk uolls. tapi xupload lagi..tengok la nanti kalo ade rezeki, aku upload yer..:)

Tuesday, July 17, 2012

Dah bosan




Sekarang dah tak duduk kat cubicle lagi. migrate to next level. Lokasi discussion room. Mood keje jadi tambah malas! Kbai

*CEPAT LA HABIS INTERNSHIP.

Saturday, June 9, 2012

morning wordless




Assalamualaikum semua! weekend datang lagi yaw! sukeeeeeeeeeeeeeeee! okey..morning to all penang'er! indahnye bumi penang kan! Alhamdulillah..oke! itu je untuk harinie..bukan #takade benda nak update tapi kali nie jemari nie macam #taknak berbicara pulak...ok..nak sejam ber'nesvita dulu ye...lai lai semua !

Tuesday, May 22, 2012


assalamualaikum, hi all !

Ya ampun! aku ngadap sinetron nie kat office habaqqq angggg! keje aku da ciap so..takpela kan..plus we all 
di sini diberi keizinan sepenuhnya untuk on9 but cannot open YouTube or playing any game..and the most important thing..your work must be finished first!

basically, rutin harian aku mmg #takTentu..yela kan hukum karma life student nie paham2 je la kan..selain pergi kuliah, tutorial, study, discussion, eseimen, final project bagai..kadang2 aku tak terlepas juga daripada keluar tengok movie, tido lepas subuh sampai tengahari, hangout dgn member or ape2 jela bergantung pada kata hati. tapiiiiiiii sejak aku praktikal ni rutin aku da cam konsisten plak..yela kan ..pagi2 lagi aku da kua dgn skuter kesayangan aku. dalam pukul 8 aku da masuk office then kua office pukul 5.15pm and pergi surau solat asar baru la aku gerak balik usm..dalam pukul 6pm insyaAllah aku sampai usm..cume kadang2 je kalau aku ade singgah mane2 mungkin sampai usm lewat sikit..malam pulak aku borak2 dgn kengkawan, rehat and tido..lebih kurang macam tu la rutin harian aku sekarang ni..cume weekend je #taktentu....yang paling aku suke skrg ni pn almost everyday schedule makan aku konsisten..kalo tak semuanye berterabur..makan pn ikut kata perut..kalo #takde kelas pagi #takdenya aku sempat amik breakfast..fuhh..actually aku #taksuke abaikan breakfast sebab bagi aku breakfast tu sangat2 la penting tau tak! bagi aku breakfast lagi penting dari lunch tapi alhamdulilah sekarang semuanye kembali konsisten..cume weekend tu kadang2 ak terlepas gak..sebab selalunye aku tertido lepas subuh (hurm..#takbagus sebenarnya)..apa2 pun syukur Alhamdulillah..aku suke dgn life aku sekarang. thank you Allah..sekarang ni da masuk bulan rejab..so marilah kita same2 amik peluang ni lebihkan amalan kita and yang paling penting mohon keampunan dari ALLAH.



*hari nie aku plan nak berbuka puasa dengan faten nani dayah and mira! insyaAllah dengan izin Allah dan dengan rezeki yang diberiNYA, arini aku akan belanja diorang. tapi #Takde idea nak berbuka puasa kat mane! uwaaaah!

Thanks

Sunday, May 20, 2012

internship

Happy Sunday all !

Hari nie mood aku macam goodgood je nak ngadap sinetron ni. hurmm...sekarang nie aku masih bernyawa (Alhamdulillah) nak abiskan internship until this August!! fuhhh..lame kan?? oh ..ya! lupe nak cerita..currently, secara batinnya aku masih lagi student USM tercinta! but zahirnya aku sekarang ni as a intern at AMD company kat penang..almost 2 months da start baru skrg ni terhegeh2 nak update bagai..ahah! Since a healthy number of people use AMD microprocessors and/or ATI graphics cards, I think there is no need to introduce the company. Instead, let me introduce the workplace!



Actually there is a policy of not allowing cameras in the office and production areas..that's why I cannot take more pictures to publish here. We are not allowed to bring our own laptop as well. But it is provided to all interns!!
 

Of course, during hours other than those near 5.15PM, I usually spend most of my time to do my work at my place that was provided. Actually here, has a few parts which are HR part, Finance, IT  and production where virtually everything engineering-ish is located at – analysis and engineering labs, R&D and production assembly lines… everything!


discussion with Chew

We interns were assigned cubicles on the top floor while the engineers (my manager included) have their offices one floor beneath us! OK..For first day...I attended the orientation session that was handled by HR group. and for next day..kinda busy actually since I got things to do most of the time. Of course I am still new to all the things, so kinda slow in doing. and you know..after a whole day of intensive working I'd totally look forward to 5.15PM right? bcoz after work means going out! =D
 

laptop that is provided for me by AMD

cubicle


library at level 3..lol

Anyway, I admit that the best thing about working in AMD is the people eventhough only me as Malay intern here.
I was afraid plus nervous when I entered AMD on the first day, apprehensive of how my new working environment would be like. 
But my manager and engineers were friendly and helpful, and we interns quickly became best pals among ourselves! and the most best part is they treats us as their team members! even we are interns..plus, there is bound to be an opportunity for me to build the career that I want at this company...so what I can say that everything still under control with Allah permission..

my batch card..mls nak rotate!



*puas hati..alhamdulilah

 

Sunday, May 6, 2012

outdated updated

tetibe mood cam goodgood je nak update sinetron pepagi ni...actually bile ak tambahtolak semua, ade je bende aku nak update. tapi tahap kemalasan tuh aku kalah panjang landasan keretapi slimRiver tu..moodsemangat bagai semuanya bajet macam chipmore.so segala bende yang pending tu aku jemaahkan je..insyaAllah arini..

Dalam bulan #march aritu aku join program kerjaya under usm ke bursa saham and MSU. Program tu agak berguna la jugak bagi aku sebagai student yang bakal bekerja nanti. lebihLebih lagi bile semuanye free..penginapan, transport dan dapat duit belanjaaaaaa lagiiiii tu!!!! Ye betul! nampak macam tak ade brand la.. xkelass laa kan join program camnie tapi ade ke datodatin kat lua sane tuh nak sponsor ko??? XDE KAN!! so mase tengah study ni la bile ade value program macam ni kita kena join..apalagi kalau FREE kan..sape yang taknak! kalau bagi adik aku pun confirm die melompat lompat nak ikut kan. yela..before nak cari kerja nanti at least kenala ade semangkuk knowledge jugak kan..tak mampu banyak, sikit pun kira cun la tu kan..so bile da ade peluang..chill je la kan...alhamdulilah..banyak bende baik yang aku dapat daripada program tuh!!! yang baik semuanye dtg dari Allah dan yang selebihnya disebabkan oleh kelemahan diri saya sendiri..


at Bursa Saham



amacam..ngee..snookerling..terer x??



macam nie caranya dato..ngee



u all mmg...kelass kaw


Dalam bulan #march jugak, aku ade pergi muzium Negara..even aku tak ambik kos sejarah or arkeologi tapi memang dari dulu lagi aku memang suke masuk muzium or tempatTempat bersejarah..sebab kat tempatTempat macam nie la aku dapat tengok benda yang aku tak penah tengok.but biasanye aku akan pergi tempat camnie dgn certain orang je.. cthnye macam family..dengan member2 usm pun baru sekali je..but xsangka diorang layan gak..sebab bukan semua orang suke pergi tempat cmnie kan?so better aku pegi dengan orang yang ade minat same dgn aku..so far, tempat yang aku da pernah pergi..#penang muzium perang, muzium USM #perak pulak semua istana yang dah dijadikan muzium, rumah orang kaya Ngah Ibrahim, pasir salak and mostly almost semua tempat bersejarah kat perak tu aku da pergi..#selangor/kL rumah P.Ramlee, and yang latest muzium negara..tempatTempat macam ni lah salah satu tempat yang aku suke..tempatTempat lain pun aku suke jugak!!! #tapi kalau setakat nak tengok je..baik google je kan?? MEMANG LA..TAPI BAGI AKU PERGI TENGOK SENDIRI LAGI BEST..kat laptop dapat pe?? tengok je la kan pastu palinggg GOOD pn dapat pegang screen laptop je ade la tapi kalau pergi sendiri kadangKadang kite boleh try or pegang bagai..ngeee

one of the pictures at muzium


*sekarang aku tengah praktikal..to be continue

Wednesday, February 15, 2012

jikalau

Bile datang mood ala ala vanilla coklat gitu maka timbulnya banyak persoalan. 
lalu hati menjawab D untuk jawapan berserah pada-Nya kerana semua ini milik-Mu. jika benar dia yang terbaik untukku agamaku keluargaku masa depan duniaakhiratku dan juga boleh membimbing dan membawaku lebih dekat dengan-Mu maka tetapkan hati kami..permudahkan perjalanan hubungan kami sehingga menjadi sebuah ikatan yang diberkati oleh-Mu.
Aminnn....

Saturday, February 11, 2012

tahniah buat kalian

 23.01.2012

itu tarikh keramat siso dan awwab.tarikh keramat aku bile plak ea??haha..haruslaa bukan waktu terdekat ni kan..da brape minggu da majlis diorang tapi aku ni je baru terhengeh2 nak update semua bagai. sebenarnya aku ni ikut mood. bile ade feel nak update baru la jari aku ni rajin nak bikin semua ni. kalau tak jangan harap la. memang berhabuk la sinetron ni kan kalau nak tunggu aku rajin update.haha..tapi itu bukan pointnye di sini. pointnye di sini aku nk cerita pasal aku pegi wedding kawan aku satu sekolah satu hostel malah pernah satu dorm lagi dulu. tapi husband beliau plak? husband beliau harusla bukan satu hostel dengan aku kan. mereka kaum boyboy hostel aspura. kami yang gurlgurl ni  harusla di hostel aspuri. tapi ape2 pun kami pernah satu sekolah dulu even aku dan mereka bukan satu kelas.

Kisah 1#
sebenarnya kisah mereka da mula sejak zaman sekolah lagi.sweet kan?
Dan akhirnya mereka telah pun disatukan..aku doakan semoga korang bahagia hingga ke anakcucucicit bagai.Amin...


-
-

pelamin rumah pengantin perempuan



sweetnye kome!
-
-
-

kami bersama mereka


my old classmates


kami


dengan lala comey (-nad aku pinjam anak ko-)



lala was returned to her ibu!

Kisah 2#
Haaa! sebenarnya pada tarikh dan hari yang same ade 2 majlis. Majlis sanding diorang kebetulan pada hari yang sama.haa..yang ni pun kawan satu sekolah jugak cume tak same kelas dengan aku. syakira..taaapiii beliau satu kelas dengan awwab dan siso.kebetulan tarikh sanding korang ni same plak kan??hahaa..so kene la pegi dua dua majlis..kisah mereka pulak aku tak tau sangat..eh2..bukan tak tau sangat tapi tak langsung kot...memang kami semua tak penah dengar ape ape cite pun..tup tup..da nak kawin...ape ape pun semoga kalian bahagia jugak hingga ke akhirnye..aku tumpang gembiraaa..yeeeyyyyy!!!!  eh2..lebih2 plak engkau kan ema!!! cam engkau plak yang kawin..aku cume dapat kirim doa dan harapan je..cewaaahhh.. kami tak berpeluang bergambar dengan pengantin. so kami pun bajet posing sendiri2 je la..pegi kenduri tapi da macam buat reunion je kan.. chill je la kan.. 

kami lagi


barisan bakal bapa
barisan bakal ibu

we again!

At last...alhamdulillah..kedua dua majlis berjalan lancar...aku doakan semoga korang bahagiaaaaaaaaaa!!!! 
pada kawan kawan yang lain tu take turn ok!! pasni kite serbu rumah pengantin lain plak ea!!!
p/s : semua pic aku rembat dari fb..peace :)

Friday, February 10, 2012

demam

demam..huhu
tak keluar rumah pun boleh demam jugak ke.ni yang tak paham ni..
pastinya Allah nak bagi peluang hapuskan dosa dosa kecil aku.tu pun tak paham ke..haiihhh 
so dengan hati terbuka aku terima demam ni sepenuhnya. itu pun dikire rezeki jgk tu kan..
apapun semoga cepat sembuh..
ok babai!!

Friday, January 6, 2012

peristiwa malam itu



menurut berita dalam video tadi aku adalah salah seorang mangsa.
aku redha.takdir.ujian.dugaan. tapi aku tetap bersyukur pada-NYA sebab masih berpeluang untuk teruskan hidup di planet bumi ini lagi. terima kasih Allah sebab masih sayangkan hamba-MU ini.

malam itu dalam perjalanan nak balik desasiswa cahaya gemilang merangkap hostel aku.
masa itu baru lepas makan dalam pukul 9.45 pm.keadaan lokasi di tempat kejadian pada masa tu sangatlah tidak sibuk.
cume tayar skuter aku je yang bergerak di lorong perumahan minden pada masa itu. di lorong itu ade sebuah kereta tengah parking di tepi jalan. masalah rabun dan silau mata menyebabkan kereta itu kelihatan jauh pada pandangan mata aku.
tapi hakikatnye kereta itu rupe2nya tak jauh pun. nasib baik kawan aku ateh ni tetibe pulak otak die berfungsi di saat kritikal macam ni. die menggunakan kelebihannya dengan menendang kereta guna kakinya yang panjang. jadi aku la mangsa yang terpilih untuk terbang dari skuter tu dan main goleng-goleng atas jalan malam itu. jadi sudah sememangnya aku juga la insan yang paling bertuah untuk terima dugaan ni. sememangnya juga sudah tersurat dalam kamus takdir hidup aku.tak ape.aku redha. mungkin ade hikmah di sebaliknya. hadiah yang aku dapat daripada kejadian itu ialah kaki kiri aku terseliuh dan cedera ringan di bahagian tangan.nasib baik tak patah or retak.bengkaknya mak ai! perggghhh..da macam kaki anak gajah.cara aku jalan pun da macam anak ketam. tapi tak ape.keredhaan amat penting di situ.sekali lagi Allah menguji tahap kesabaran aku disitu. tambah-tambah lagi...minggu exam ni. memang engkau kena kental la kan ema! 

untunglaa masih mampu berjalan even lambat macam ketam.tapi tak ape.daripada tak boleh jalan kan.nak sembuh mungkin ambil mase gak la dalam 1 minggu lebih menurut doktor. itu pun bergantung pada ketahanan mental dan fizikal aku.ape2 pun aku harap sangat sangat cepat sembuh.

terima kasih pada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam menjaga aku waktu ini.jasa kalian akan daku ingati sampai kapan pun.cewaaaaahhhh.sumpah jasa anda sangat dihargai.insyaAllah..pasni aku akan belanja anda semua.terima kasih juga pada rakan-rakan coursemate yang sudi datang melawat walaupun desasiswa kalian jauh di bumi RST.terima kasih banyak.sedih plus terharu tau. sebab sudi luangkan sedikit masa even kalian semua teramatlah busy lebih2 lagi dalam platform exam ini.nasib baik la sinetron ini tak ade tulisan airmata.waktu kita tengah sakit ni la kita dapat bezakan yang mana kawan dan yang mana sahabat.kawan mungkin ramai.tapi waktu kita tengah senang je.sahabat pula ade bersama waktu susah dan senang.yang pastinya nisbah sahabat memang lebih sedikit la berbanding dengan kawan.kadang-kadang kawan yang selalu di samping kita pun belum tentu ade waktu kita tengah sakit..so baik check cepat2.mungkin die ade niat lain..itu biasa. itu hukum karma hidup dalam berkawan.semua tu kita boleh nampak dengan mata kepala kite sendiri ye..jadi bersabar la wahai hati..ape2 aku sangat bertuah kerana dikurniakan orang sekeliling yang masih lagi kenal erti sahabat.sekali lagi terima kasih kalian semua. :)

kepada rakan kongsi..ateh..
aku minta maaf sangat. sangat-sangat. aku gagal. pertama kalinya aku gagal. pertama kalinya aku gagal membawa pulang pemboncengku dengan selamat. aku gagal membawa pulang seorang girlfriend dan bakal isteri kepada seorang encik lelaki dengan selamat. aku minta maaf juga atas kecederaan kaki engkau.disebabkan ekzos skuter aku kaki engkau tercedera.sampai tercabut epidermis kulit ko kan. mesti engkau akan ingat aku sampai mati kan..mungkin ditakdirkan aku la insan yang akan melukis parut ekzos kat kaki ko. ampun ya ibuq!! ampun..ampun...apa2 pn aku tetap bersyukur dan berterima kasih pada ko ateh sebab kita masih boleh berkongsi sakit..haha..lagi satu terima kasih jugak sebab ko sempat keluarkan idea bernas tendang kereta tu.kalau tak lagi parah la kite. silap2 memang jadi penghuni hospital la.
semoga kita cepat sembuh.

sekian.

sembuhlah wahai kaki.

noted : maaf atas kualiti video yang sangatla tak bagus.video ni mungkin tak boleh view guna USM SECURE.tak tahu kenapa.nak tahu kene tanya pihak usm sendiri.tapi kalau view guna selain daripada USM SECURE confirm boleh.aku upload ni pun guna ihsan daripada broaband roomate.




 

Wednesday, January 4, 2012

untitled entry




30.12.11

lokasinya di cafe desasiswa cahaya gemilang usm plus dengan lighting cafe yang agak romantik gitu..cewaaahh!
masanya around 6.45 pm camtu la.tak ingat da.almaklum la...tahun lepas da.sekarang da masuk tahun baru!!
waktu ni lepas settle makan malam.so bile perut da kenyang maka lahirlah idea2 gile bagai ni.haha!
sume keje ni berlaku 4 days before final exam bersama rakan kongsi..kak su!
btw video ni da basi da pun.cume baru sekarang je dapat upload dengan jayanye!

*actually, video ni tak ade ape2 motif pun.saje suke2..haha!!
  sekian.


p/s : video ni tak boleh view kalau guna USM SECURE..eam..mybe usm da block kot.macam youtube kena block tu.haihhh ..aku upload ni pun gune broadband! sadis tul laa..

Monday, January 2, 2012

final exam is around the corner

final! final! final!
almaklum la..esok adalah harinya.
uish..sedikit nervous di situ!

itu rutin setiap universiti hujung sem mesti kena mengadap final exam. 
itu biasa ok!
belum ade cara lain selain final exam.
itu kenyataan ye! hukum alam untuk semua student.

so gud luck untuk semua student yang sedang bersosial dengan final exam ni.
gud luck jugak untuk diri sendiri dan kawan2 seperjuangan!!

schedule for my final. sangat terbaik ok!

03.01.12   - LSP 300 (bi)
07.01.12 - LKM 400 (bm)
13.01.12 - CMT 321 (database engineering)
19.01.12 - STU 231 (psikologi)

itu je paper yang masuk final.subjek research paper dan projek tak masuk final.
sekian.



noted: mulakan dengan niat beserta doa dan mulakan langkah dengan kaki kanan masuk dewan.



four days before

29.12.12

presentation day for research paper.Alhamdulilah.
rezeki bulan duabelas tahun lepas. ( cerita basi da ok! tapi bia la kan )
haruslah berbaloi walaupun tak cukup tido bagai.
terima kasih Allah.

aku lah orang paling nervous mase tue.
muke gelabah aku tak payah cite la.kalah orang yang tengah nikah.

at last..alhamdulilah..group aku terpilih.
so wajib la bagi aku sebagai hamba kepada-NYA untuk bersyukur.
alhamdulilah.
terima kasih banyak YA ALLAH.

lepas abis je presentation tu lega abis la.uh..lepas sume..
bersyukur sangat.


 
              thanks to Hui Tian sbb tag gambar ni.
                                      so aku ape lagi kn!!!
            terus la rembat pic ni upload trus dlm sinetron ni.
   

thanks to Ler Shir ni, Kuan Hui Tian dan Goh Ek Keat.
love uols.