Friday, August 10, 2012

Senyum itu Indah




Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Harini aku masih mampu tersenyum. Semoga setiap hari kita di beri kesempatan untuk senyum..haa! intro pun da sembang pasal senyumm..cewaaah! :)
Ada beberapa manusia kat bumi ni pernah tanya kenapa aku suka senyum??
jawapan aku senang je. SENYUM ITU INDAH!!! bukannye kena bayar tol pun nak senyum.. 
- aku jawab dalam hati je pun. -

OK. Meh sini aku nak habaq beberapa kebaikan senyum ni. Maksud aku KEBAIKAN SENYUM YANG IKHLAS YER. BUKAN BUAT2 SENYUM !


1. Senyum itu Sedekah.
Senyum pun boleh buat pahalaaaaaaaa. take note oke. Bukan susah pun nak bersedekah kan..

2. Senyum itu satu senaman 
 Kenapa??
Senyuman pun senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem   pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 

3. Senyum boleh menurunkan tekanan darah.
Ini fakta ok! Tak percaya? Cube korang catat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah mase korang tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah. Ini bukan aku cakap! Mr. google yang cakap..

4. Senyum membuatkan kita awek muda
HAA!!! yang ni memang aku suke! sebenarnya ni la sebab utama aku SUKE SENYUM!.Senyuman ni gerakkan banyak otot korang. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga korang tidak perlu makan banyak chew gum.So dengan banyak tersenyum korang akan nampak awek muka. Itu kalau yang gurlgurl la..kalau boyboy nampak pakwe muda la kot..suke tak nampak mudaaa???? Aku sukaaaaa!

5. Senyum boleh buat anda lebih menarik
Haa!! Sebab yang ni pun aku sukaaa! Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa..sejuk je hati tengok kan..kalau korang bagi muka ketat kat aku memang stress la kan..silap2 memang minx penampaq free je kan..

6. Senyum bole tukar perasaan
Kalau korang tengah sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah. Tak percaya cuba la dulu. Tapi macam aku kalau tengah sedih, mmg tak sempat la nak senyum sbb dah banjir dulu.. tapi pastu aku mesti senyum sendiri sbb nak cari mood balik. pastu chill je la kan..Tapiiiiiii kalau kematian ke jangan pulak korang senyum memanjang plak..itu namenye kurang ajaq!!!!! tengok tempat la.

7. Senyum Meningkatkan Imunitasi
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum. Ini bukan aku cakap! Ni aku baca kat website mana ntah tak ingat. Yang ni aku tak cuba lagi la..tapi akan dicube gak nanti.


Sebenarnya banyak lagi kebaikan senyum yang aku bace. Tapi malas la senaraikan semuaa..So aku galakkan korang senyum la selalu yer..Tak susah pun. Setahu aku semua orang senyum mesti nampak cantik!!! belum penah lagi aku tengok manusia senyum nampak hodoh!! monyet senyum pun nampak comellllll OK! 

Senyum dan korang akan rase bahagiaaaaa sangat. percayaa laaaa ! ok..selamat berbuka semua. Seribu senyuman untuk korang dari sayaaaaaaa..:)

comel kan mereka!

ngeee

naniii aku rindu ang!!

mereka pun







No comments:

Post a Comment