Sunday, May 6, 2012

outdated updated

tetibe mood cam goodgood je nak update sinetron pepagi ni...actually bile ak tambahtolak semua, ade je bende aku nak update. tapi tahap kemalasan tuh aku kalah panjang landasan keretapi slimRiver tu..moodsemangat bagai semuanya bajet macam chipmore.so segala bende yang pending tu aku jemaahkan je..insyaAllah arini..

Dalam bulan #march aritu aku join program kerjaya under usm ke bursa saham and MSU. Program tu agak berguna la jugak bagi aku sebagai student yang bakal bekerja nanti. lebihLebih lagi bile semuanye free..penginapan, transport dan dapat duit belanjaaaaaa lagiiiii tu!!!! Ye betul! nampak macam tak ade brand la.. xkelass laa kan join program camnie tapi ade ke datodatin kat lua sane tuh nak sponsor ko??? XDE KAN!! so mase tengah study ni la bile ade value program macam ni kita kena join..apalagi kalau FREE kan..sape yang taknak! kalau bagi adik aku pun confirm die melompat lompat nak ikut kan. yela..before nak cari kerja nanti at least kenala ade semangkuk knowledge jugak kan..tak mampu banyak, sikit pun kira cun la tu kan..so bile da ade peluang..chill je la kan...alhamdulilah..banyak bende baik yang aku dapat daripada program tuh!!! yang baik semuanye dtg dari Allah dan yang selebihnya disebabkan oleh kelemahan diri saya sendiri..


at Bursa Saham



amacam..ngee..snookerling..terer x??



macam nie caranya dato..ngee



u all mmg...kelass kaw


Dalam bulan #march jugak, aku ade pergi muzium Negara..even aku tak ambik kos sejarah or arkeologi tapi memang dari dulu lagi aku memang suke masuk muzium or tempatTempat bersejarah..sebab kat tempatTempat macam nie la aku dapat tengok benda yang aku tak penah tengok.but biasanye aku akan pergi tempat camnie dgn certain orang je.. cthnye macam family..dengan member2 usm pun baru sekali je..but xsangka diorang layan gak..sebab bukan semua orang suke pergi tempat cmnie kan?so better aku pegi dengan orang yang ade minat same dgn aku..so far, tempat yang aku da pernah pergi..#penang muzium perang, muzium USM #perak pulak semua istana yang dah dijadikan muzium, rumah orang kaya Ngah Ibrahim, pasir salak and mostly almost semua tempat bersejarah kat perak tu aku da pergi..#selangor/kL rumah P.Ramlee, and yang latest muzium negara..tempatTempat macam ni lah salah satu tempat yang aku suke..tempatTempat lain pun aku suke jugak!!! #tapi kalau setakat nak tengok je..baik google je kan?? MEMANG LA..TAPI BAGI AKU PERGI TENGOK SENDIRI LAGI BEST..kat laptop dapat pe?? tengok je la kan pastu palinggg GOOD pn dapat pegang screen laptop je ade la tapi kalau pergi sendiri kadangKadang kite boleh try or pegang bagai..ngeee

one of the pictures at muzium


*sekarang aku tengah praktikal..to be continue

Wednesday, February 15, 2012

jikalau

Bile datang mood ala ala vanilla coklat gitu maka timbulnya banyak persoalan. 
lalu hati menjawab D untuk jawapan berserah pada-Nya kerana semua ini milik-Mu. jika benar dia yang terbaik untukku agamaku keluargaku masa depan duniaakhiratku dan juga boleh membimbing dan membawaku lebih dekat dengan-Mu maka tetapkan hati kami..permudahkan perjalanan hubungan kami sehingga menjadi sebuah ikatan yang diberkati oleh-Mu.
Aminnn....

Saturday, February 11, 2012

tahniah buat kalian

 23.01.2012

itu tarikh keramat siso dan awwab.tarikh keramat aku bile plak ea??haha..haruslaa bukan waktu terdekat ni kan..da brape minggu da majlis diorang tapi aku ni je baru terhengeh2 nak update semua bagai. sebenarnya aku ni ikut mood. bile ade feel nak update baru la jari aku ni rajin nak bikin semua ni. kalau tak jangan harap la. memang berhabuk la sinetron ni kan kalau nak tunggu aku rajin update.haha..tapi itu bukan pointnye di sini. pointnye di sini aku nk cerita pasal aku pegi wedding kawan aku satu sekolah satu hostel malah pernah satu dorm lagi dulu. tapi husband beliau plak? husband beliau harusla bukan satu hostel dengan aku kan. mereka kaum boyboy hostel aspura. kami yang gurlgurl ni  harusla di hostel aspuri. tapi ape2 pun kami pernah satu sekolah dulu even aku dan mereka bukan satu kelas.

Kisah 1#
sebenarnya kisah mereka da mula sejak zaman sekolah lagi.sweet kan?
Dan akhirnya mereka telah pun disatukan..aku doakan semoga korang bahagia hingga ke anakcucucicit bagai.Amin...


-
-

pelamin rumah pengantin perempuan



sweetnye kome!
-
-
-

kami bersama mereka


my old classmates


kami


dengan lala comey (-nad aku pinjam anak ko-)



lala was returned to her ibu!

Kisah 2#
Haaa! sebenarnya pada tarikh dan hari yang same ade 2 majlis. Majlis sanding diorang kebetulan pada hari yang sama.haa..yang ni pun kawan satu sekolah jugak cume tak same kelas dengan aku. syakira..taaapiii beliau satu kelas dengan awwab dan siso.kebetulan tarikh sanding korang ni same plak kan??hahaa..so kene la pegi dua dua majlis..kisah mereka pulak aku tak tau sangat..eh2..bukan tak tau sangat tapi tak langsung kot...memang kami semua tak penah dengar ape ape cite pun..tup tup..da nak kawin...ape ape pun semoga kalian bahagia jugak hingga ke akhirnye..aku tumpang gembiraaa..yeeeyyyyy!!!!  eh2..lebih2 plak engkau kan ema!!! cam engkau plak yang kawin..aku cume dapat kirim doa dan harapan je..cewaaahhh.. kami tak berpeluang bergambar dengan pengantin. so kami pun bajet posing sendiri2 je la..pegi kenduri tapi da macam buat reunion je kan.. chill je la kan.. 

kami lagi


barisan bakal bapa
barisan bakal ibu

we again!

At last...alhamdulillah..kedua dua majlis berjalan lancar...aku doakan semoga korang bahagiaaaaaaaaaa!!!! 
pada kawan kawan yang lain tu take turn ok!! pasni kite serbu rumah pengantin lain plak ea!!!
p/s : semua pic aku rembat dari fb..peace :)

Friday, February 10, 2012

demam

demam..huhu
tak keluar rumah pun boleh demam jugak ke.ni yang tak paham ni..
pastinya Allah nak bagi peluang hapuskan dosa dosa kecil aku.tu pun tak paham ke..haiihhh 
so dengan hati terbuka aku terima demam ni sepenuhnya. itu pun dikire rezeki jgk tu kan..
apapun semoga cepat sembuh..
ok babai!!

Friday, January 6, 2012

peristiwa malam itu



menurut berita dalam video tadi aku adalah salah seorang mangsa.
aku redha.takdir.ujian.dugaan. tapi aku tetap bersyukur pada-NYA sebab masih berpeluang untuk teruskan hidup di planet bumi ini lagi. terima kasih Allah sebab masih sayangkan hamba-MU ini.

malam itu dalam perjalanan nak balik desasiswa cahaya gemilang merangkap hostel aku.
masa itu baru lepas makan dalam pukul 9.45 pm.keadaan lokasi di tempat kejadian pada masa tu sangatlah tidak sibuk.
cume tayar skuter aku je yang bergerak di lorong perumahan minden pada masa itu. di lorong itu ade sebuah kereta tengah parking di tepi jalan. masalah rabun dan silau mata menyebabkan kereta itu kelihatan jauh pada pandangan mata aku.
tapi hakikatnye kereta itu rupe2nya tak jauh pun. nasib baik kawan aku ateh ni tetibe pulak otak die berfungsi di saat kritikal macam ni. die menggunakan kelebihannya dengan menendang kereta guna kakinya yang panjang. jadi aku la mangsa yang terpilih untuk terbang dari skuter tu dan main goleng-goleng atas jalan malam itu. jadi sudah sememangnya aku juga la insan yang paling bertuah untuk terima dugaan ni. sememangnya juga sudah tersurat dalam kamus takdir hidup aku.tak ape.aku redha. mungkin ade hikmah di sebaliknya. hadiah yang aku dapat daripada kejadian itu ialah kaki kiri aku terseliuh dan cedera ringan di bahagian tangan.nasib baik tak patah or retak.bengkaknya mak ai! perggghhh..da macam kaki anak gajah.cara aku jalan pun da macam anak ketam. tapi tak ape.keredhaan amat penting di situ.sekali lagi Allah menguji tahap kesabaran aku disitu. tambah-tambah lagi...minggu exam ni. memang engkau kena kental la kan ema! 

untunglaa masih mampu berjalan even lambat macam ketam.tapi tak ape.daripada tak boleh jalan kan.nak sembuh mungkin ambil mase gak la dalam 1 minggu lebih menurut doktor. itu pun bergantung pada ketahanan mental dan fizikal aku.ape2 pun aku harap sangat sangat cepat sembuh.

terima kasih pada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam menjaga aku waktu ini.jasa kalian akan daku ingati sampai kapan pun.cewaaaaahhhh.sumpah jasa anda sangat dihargai.insyaAllah..pasni aku akan belanja anda semua.terima kasih juga pada rakan-rakan coursemate yang sudi datang melawat walaupun desasiswa kalian jauh di bumi RST.terima kasih banyak.sedih plus terharu tau. sebab sudi luangkan sedikit masa even kalian semua teramatlah busy lebih2 lagi dalam platform exam ini.nasib baik la sinetron ini tak ade tulisan airmata.waktu kita tengah sakit ni la kita dapat bezakan yang mana kawan dan yang mana sahabat.kawan mungkin ramai.tapi waktu kita tengah senang je.sahabat pula ade bersama waktu susah dan senang.yang pastinya nisbah sahabat memang lebih sedikit la berbanding dengan kawan.kadang-kadang kawan yang selalu di samping kita pun belum tentu ade waktu kita tengah sakit..so baik check cepat2.mungkin die ade niat lain..itu biasa. itu hukum karma hidup dalam berkawan.semua tu kita boleh nampak dengan mata kepala kite sendiri ye..jadi bersabar la wahai hati..ape2 aku sangat bertuah kerana dikurniakan orang sekeliling yang masih lagi kenal erti sahabat.sekali lagi terima kasih kalian semua. :)

kepada rakan kongsi..ateh..
aku minta maaf sangat. sangat-sangat. aku gagal. pertama kalinya aku gagal. pertama kalinya aku gagal membawa pulang pemboncengku dengan selamat. aku gagal membawa pulang seorang girlfriend dan bakal isteri kepada seorang encik lelaki dengan selamat. aku minta maaf juga atas kecederaan kaki engkau.disebabkan ekzos skuter aku kaki engkau tercedera.sampai tercabut epidermis kulit ko kan. mesti engkau akan ingat aku sampai mati kan..mungkin ditakdirkan aku la insan yang akan melukis parut ekzos kat kaki ko. ampun ya ibuq!! ampun..ampun...apa2 pn aku tetap bersyukur dan berterima kasih pada ko ateh sebab kita masih boleh berkongsi sakit..haha..lagi satu terima kasih jugak sebab ko sempat keluarkan idea bernas tendang kereta tu.kalau tak lagi parah la kite. silap2 memang jadi penghuni hospital la.
semoga kita cepat sembuh.

sekian.

sembuhlah wahai kaki.

noted : maaf atas kualiti video yang sangatla tak bagus.video ni mungkin tak boleh view guna USM SECURE.tak tahu kenapa.nak tahu kene tanya pihak usm sendiri.tapi kalau view guna selain daripada USM SECURE confirm boleh.aku upload ni pun guna ihsan daripada broaband roomate.




 

Wednesday, January 4, 2012

untitled entry




30.12.11

lokasinya di cafe desasiswa cahaya gemilang usm plus dengan lighting cafe yang agak romantik gitu..cewaaahh!
masanya around 6.45 pm camtu la.tak ingat da.almaklum la...tahun lepas da.sekarang da masuk tahun baru!!
waktu ni lepas settle makan malam.so bile perut da kenyang maka lahirlah idea2 gile bagai ni.haha!
sume keje ni berlaku 4 days before final exam bersama rakan kongsi..kak su!
btw video ni da basi da pun.cume baru sekarang je dapat upload dengan jayanye!

*actually, video ni tak ade ape2 motif pun.saje suke2..haha!!
  sekian.


p/s : video ni tak boleh view kalau guna USM SECURE..eam..mybe usm da block kot.macam youtube kena block tu.haihhh ..aku upload ni pun gune broadband! sadis tul laa..